Sunday, February 1, 2009

KES KUGAN: HORMATILAH UNDANG-UNDANG NEGARA

Malaysia mempunyai undang-undang untuk mengadili sebarang kesalahan dan perbuatan yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam. Bagi isu kematian A. Kugan dalam tahanan polis (suspek curi kereta mewah), masyarakat khususnya pemimpin parti politik pembangkang, tidak seharusnya menjadikan isu ini sebagai medan untuk menjatuhkan maruah Kerajaan Memerintah dan pihak PDRM sendiri. Sikap menghasut dan membuatkan segelintir individu (seperti gambar di atas) memberontak dan melakukan tunjuk perasaan secara tidak langsung akan memberi imej yang buruk kepada Malaysia dan seterusnya mewujudkan ketidakpercayaan antara kaum. Kita perlu ingat bahawa Malaysia memiliki undang-undang, perlembagaan dan agensi yang akan bertindak secara profesional untuk menyelesaikan sebarang kes tanpa mengetepikan hak setiap rakyat dan individu. Sikap pengadilan secara emosi oleh sesetengah pihak (khususnya kes Kugan) merupakan amalan yang tidak perlu ada dalam konteks Malaysia Moden.