Friday, January 22, 2010

MULTAQA JASA MALAYSIA 2010

s
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Malaysia telah menganjurkan Perhimpunan Kebangsaan Pegawai JASA 2010 (Multaqa) pada 18hb hingga 20hb Januari 2010 lepas bertempat di Hotel Grand Season Kuala Lumpur. Tema bagi perhimpunan ini adalah "JASA Mendepani Cabaran". Perhimpunan ini juga telah dihadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin (Ucap Perdana), YB Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan iaitu YB Dato Seri Utama Rais Yatim (Perasmian Pembukaan) dan YBhg Ketua Setiausaha Kementerian iaitu YBhg Dato' Kamaruddin Siaraf (Perasmian Penutup). Perhimpunan ini dihadiri lebih kurang 800 kakitangan JASA seluruh Malaysia. Syabas diucapkan kepada YBhg Ketua Pengarah JASA Malaysia iaitu Dato' Fuad Bin Tan Sri Hassan yang berjaya menyempurnakan perhimpunan ini hingga berjaya.

Galeri

Gambar
YB Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan merasmikan (Pembukaan) Perhimpunan Kebangsaan Pegawai JASA 2010
s Gambar 2
YBhg Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan merasmikan (Penutup) Perhimpunan Kebangsaan Pegawai JASA 2010


Tuesday, December 8, 2009

MESYUARAT JKPKPKK NEGERI PERLIS BERSAMA MENTERI BESAR

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (JKPKPKK) Malaysia Negeri Perlis bersama YAB Dato Seri Dr. Md. Isa Bin Sabu, Menteri Besar Perlis telah diadakan pada 08hb Disember 2009 (Selasa) di Bilik Gerakan Aras 3, Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis. Semua Pengarah-Pengarah Negeri di bawah kementerian yang sama telah menghadiri mesyuarat ini yang dilihat sebagai satu perjumpaan pertama kali YAB Menteri Besar Perlis bersama agensi kerajaan selepas pulang dari menunaikan ibadah haji di Kota Suci Mekkah.
Galeri
c
Gambar
YAB Menteri Besar Perlis mempengerusikan Mesyuarat JKPKPKK Negeri Perlis
b
Gambar
Antara ahli tetap JKPKPKK Negeri Perlis yang hadir adalah Pengarah Jabatan Penerangan, Pengarah JASA, Pengarah Jabatan Penyiaran dan Ketua Biro BERNAMA
b

Monday, November 23, 2009

JASA AKAN MANFAATKAN NGO UNTUK PERJELAS ISU SEMASA

KANGAR, 18 Nov (BERNAMA) - Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) akan memanfaatkan pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi memperjelaskan pelbagai isu semasa secara tepat supaya masyarakat tidak membuat takfisran yang salah mengenai dasar negara.
x
Ketua Pengarahnya Datuk Fuad Hassan berkata bagi melicinkan urusan itu, JASA akan membekalkan segala maklumat mengenai perkembangan terkini kepada NGO untuk disalurkan kepada kumpulan sasaran mereka. "Kita tidak mahu ada yang terpengaruh dengan fitnah dan tanggapan negatif yang ibawa pihak tertentu.Orang yang tak ada maklumat tepat akan terpengaruh dengan fitnah," katanya semasa melancarkan sekretariat NGO JASA Perlis di sini hari ini.
n
Beliau berkata, orang ramai perlu mendapat maklumat yang jelas dan tepat mengenai apa jua isu yang berlaku dalam negara supaya mereka tidak menjadi penyumbang kepada penyebaran fitnah.JASA turut memberi penjelasan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak supaya ia tidak dipandang negatif dan menganggapnya sebagai konsep yang boleh membawa kemudaratan kepada negara.Katanya, pertubuhan-pertubuhan kaum juga perlu memahami konsep sebenar 1Malaysia supaya mereka dapat menyalurkan maklumat yang jelas mengenai konsep yang bertujuan mewujudkan suasana perpaduan kaum yang lebih sempurna. (Sumber: BERNAMA)
c
c
Galeri
c

Gambar

YBhg Dato' Fuad Tan Sri Hassan, Ketua Pengarah JASA Malaysia menandatangani plag Pelancaran Penubuhan Seketeriat NGO JASA Negeri Perlis sambil diperhatikan oleh YB Tuan Haji Khairy Hassan, Pengerusi PAC Negeri Perlis (Wakil Menteri Besar) c

Gambar
s
Gambar kenangan bersama Pengerusi NGO Perlis: Depan (Kanan): YBhg Dato' Idrus Kassim, Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar Perlis, En. Saiful Daniel Mohd Yusof, Pengarah JASA Negeri Perlis, SUP Tn. Abdullah Sani Ahmad, Ketua Cawangan Khas PDRM Perlis, YB Tn Haji Khairy Hassan, Wakil Menteri Besar, YBhg Datin Seri Asiah Asmuni Isteri YAB Menteri Besar Perlis, YBhg Dato' Fuad Tan Sri Hassan Ketua Pengarah JASA Malaysia dan Pn Hjh Rela Ahmad Ketua Wanita UMNO Perlis.

Gambar

YBhg Dato' Fuad Tan Sri Hassan Ketua Pengarah JASA Malaysia sedang menyampaikan ceramah

Sunday, November 1, 2009

WACANA INTELEK NEGARA (WIN)

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Malaysia telah menganjurkan satu siri seminar ilmu yang berjudul Wacana Intelek Negara (WIN). Melalui siri pertama pada 31hb Oktober 2009 (Sabtu) di The Hotel Lagend, Kuala Lumpur, tajuk yang dipilih untuk menjayakan WIN ini adalah Trend Sistem 2 Parti Di Malaysia: Satu Analisa. Penceramah undangan yang diundang untuk menyampaikan WIN ini adalah Dr. Chandra Muzaffar iaitu Presiden International Movement for a JUST World (JUST). Turut hadir sama dalam WIN ini adalah YBhg Dato' Wira Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian dan YBhg Dato' Fuad Bin Tan Sri Hassan, Ketua Pengarah JASA Malaysia.
c
Galeri
c
Gambar:
Dr. Chandra Muzaffar sedang memberikan ceramah berkenaan perbezaan antara Sistem 2 Parti dan Sistem 2 Gabungan
x
Gambar:
Salah seorang peserta mengemukakan pertanyaan kepada Dr. Chandra Muzaffar

Saturday, October 24, 2009

BAJET FOKUS PERTINGKAT PENDAPATAN BOLEH GUNA, TARAF HIDUP PEDUDUK


Bajet 2010 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak semalam, memanfaatkan setiap masyarakat dengan tumpuan kepada meningkatkan pendapatan boleh guna dan mutu hidup rakyat serta menggerakkan semula sektor swasta sebagai penjana pertumbuhan ekonomi.
B
Bajet yang menjadi asas pembentukan model ekonomi baru negara dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) itu, turut menumpu kepada membangunkan modal insan berkemahiran tinggi serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.
M
Bertemakan '1Malaysia, Kemakmuran Bersama', bajet dengan peruntukan RM191.5 bilion itu berteraskan tiga strategi, iaitu memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi; memastikan pembangunan holistik dan mapan serta mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Thursday, September 3, 2009

KUNJUNGAN AHLI PARLIMEN KANGAR KE RTM PERLIS

YB Dato' Seri Mohd Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad, Ahli Parlimen Kangar merangkap Penasihat Khas Kepada YAB Menteri Besar Perlis telah mengunjungi Jabatan Penyiaran Negeri Perlis. Kehadiran beliau adalah untuk menjayakan sesi temuramah radio Perlis FM bagi Program Ramah Mesra Masyarakat Cina / India / Siam Bersama Ahli Parlimen Kangar yang akan diadakan pada 5hb September 2009 (Sabtu). Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Perlis dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Perlis ini akan diadakan di Perkarangan Auditorium Budaya, Taman Budaya Perlis.
a
Galeri
a
Gambar:
DJ Mior Radio Perlis FM sedang menemuramah YB Dato' Seri Mohd Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad

PROGRAM SEMARAK JALUR GEMILANG JASA PERLIS

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Perlis, telah menganjurkan Program Semarak Jalur Gemilang bersama Jabatan Penyiaran Negeri Perlis, BERNAMA Perlis dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Negeri Perlis pada 29hb Ogos 2009 (Sabtu) yang lepas. Program tersebut telah dihadiri oleh YAB Dato' Seri Dr. Md. Isa Bin Sabu, Menteri Besar Perlis dan YB Tuan Abd Jamil Bin Saad, Exco Belia Dan Sukan / ADUN Sena (N07). Sebanyak 2,500 helaian bendera Malaysia telah diedarkan kepada orang ramai melalui program ini. Ia diadakan di Perkarangan Tempat Letak Kereta, Stadium Utama Kangar (Berhampiran MSN Perlis).
S
Galeri
S
Gambar:
En. Adnan Jahaya, Ketua Biro BERNAMA Perlis sedang menemuramah YAB Dato' Seri Dr. Md. Isa Sabu sambil diperhatikan oleh Puan Hajah Bibah Saad (Pengarah Penyiaran) dan En. Mutalib Harun (Pengarah Kebudayaan)

d

Saturday, August 22, 2009

MAJLIS CERAPAN HILAL RAMADHAN 1430 HIJRAH

Majlis Cerapan Hilal Ramadhan 1430 H telah diadakan pada 20hb Ogos 2009 (29 Syaaban 1430 H) di Kampung Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis. Majlis ini telah dianjurkan oleh Jabatan Ukur Dan Pemetaan Perlis. Turut hadir adalah Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Dan Negeri. Majlis ini telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Raja Muda Perlis. Tetamu kenamaan lain yang hadir adalah YB Tuan Jafpry Othman (Exco Agama), Dr. Juanda Jahaya (Mufti Kerajaan Negeri), Pengarah Jabatan Agama Islam dan Pengarah Baitulmal Negeri.
a
Galeri
a
Gambar (1)

Gambar (2)

Gambar (3)
d

PROGRAM ZIARAH RAKYAT JABATAN PENERANGAN NEGERI PERLIS

Program Ziarah Rakyat anjuran bersama antara Jabatan Penerangan Negeri Perlis dan agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia Negeri Perlis (JASA Perlis, Jabatan Penyiaran, Perpustakaan Negeri dan Jabatan Kebudayaan) telah dilaksanakan dengan jayanya pada 19hb Ogos 2009 yang lalu. Program ini telah diketuai oleh En. Arizal dari Jabatan Penerangan Perlis dan melibatkan penyertaan YB Tuan Mat Bin Hasan iaitu ADUN Kuala Perlis. Tahniah Jabatan Penerangan!!!!

Galeri
s
YB Tuan Mat Bin Hasan, ADUN Kuala Perlis menikmati hidangan bersama En. Sobki, Pengarah Jabatan Penerangan dan En. Saiful Daniel, Pemangku Pengarah JASA Perlis.

En. Sobki, Pengarah Jabatan Penerangan bersama YB Tuan Mat Bin Hasan, ADUN Kuala Perlis di salah sebuah rumah warga emas

En. Sobki, Pengarah Jabatan Penerangan bersama YB Tuan Mat Bin Hasan, ADUN Kuala Perlis dan En. Abd Hadi Abu Hasan, JASA Perlis

Dari Kiri: En. Azmi (Jabatan Penerangan), En. M. Rizal (Jabatan Penerangan) dan En. Badaruddin (JASA Perlis)

YB Tuan Tuan Mat Hasan, ADUN Kuala Perlis sedang menikmati pembuatan kuih sepit

Dari Kiri: Puan Rapitah (Jabatan Penyiaran), Cik Junaida (JASA Perlis) dan Puan Shuhada (JASA Perlis) turut serta meramaikan program ini

d

PROGRAM ZIARAH TOKOH JABATAN HAL EHWAL KHAS NEGERI PERLIS

Program Ziarah Tokoh anjuran bersama antara Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Negeri Perlis dan agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia Negeri Perlis (Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Perpustakaan Negeri dan Jabatan Kebudayaan) telah dilaksanakan dengan jayanya pada 18hb Ogos 2009 yang lalu. Program ini telah diketuai oleh En. Abdul Hadi Bin Abu Hasan dari JASA Perlis dan melibatkan kunjungan ke rumah tokoh-tokoh kemerdekaan Negeri Perlis seperti:

En. Taib Bin Hassan
Bekas Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kangar
Bekas Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Perlis
Salah seorang tokoh perjuangan kemerdekaan Negeri Perlis
Tuan Syed Ahmad Bin Syed Alwi
Wakil Rakyat Kawasan Arau
En. Abdullah Bin Salleh
Ahli Dewan Negara
Bekas Guru Besar
Dato' Indera Perkasa Nordin Bin Ismail
Tokoh Agama


Galeri
c
Rumah En. Taib Bin Hassan
j

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perlis, En. Sobki menyerahkan sumbangan kepada En. Taib Bin Hassan sambil diperhatikan oleh En. Abd. Hadi Bin Abu Hasan
m

Penolong Pengarah Jabatan Penerangan, En. Furkhan menemuramah En. Taib sambil diperhatikan oleh Pengarah Jabatan Penyiaran iaitu Puan Habibah


Pemangku Pengarah JASA Perlis iaitu En. Saiful Daniel Bin Mohd Yusof bergambar kenangan bersama En Taib Bin Hassan
s
Rumah En. Abdullah Bin Salleh
x
Pengarah Jabatan Kebudayaan iaitu En. Talib bersama Dato' Md. Zain dan En. Abd Hadi Abu Hasan
a

En. Abdullah Bin Salleh terlantar di rumah beliau akibat sakit tua

Puan Hajah Habibah, Pengarah Jabatan Penyiaran menyerahkan sumbangan kepada isteri En. Abdullah Salleh
d
Rumah Tuan Syed Ahmad Bin Syed Alwi
n
Tuan Syed Ahmad ditemuramah oleh Jabatan Penyiaran Negeri Perlis
s
Dari Kanan: Pemangku Pengarah JASA Perlis, En. Saiful Daniel, Penolong Pengarah Jabatan Penyiaran, En. Furkhan, Pengarah Jabatan Penerangan, En. Sobki dan Pengarah Jabatan Penyiaran, Puan Hjh Habibah
s
Di ruang halaman rumah Tuan Syed Ahmad
s
Krew temuramah dari Jabatan Penyiaran
a
Rumah Dato' Indera Perkasa Nordin Ismail
s
Pengarah Jabatan Penerangan, En. Sobki bersama Dato' Md. Zain dan Dato' Nordin

Sunday, April 26, 2009

JKPKP PERLU MERAPATKAN JURANG PERBEZAAN FAHAMAN DAN IDEOLOGI

Gambar 1:
YAB Menteri Besar Perlis sedang berucap untuk Perasmian Blog JKPKP

Gambar 2:
Ketua Biro Bernama (Kiri), YAB Menteri Besar (Tengah) dan Pengarah Penerangan (Kanan) mendengar ucapan aluan Pengarah Penyiaran

Gambar 3:
Tayangan Blog JKPKP melalui skrin layar


Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan (JKPKP) perlu berusaha merapatkan jurang perbezaan fahaman dan ideologi tertentu di kalangan masyarakat bagi mewujudkan keharmonian. Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata JKPKP sewajarnya menggunakan kekuatan yang ada bagi meredakan keresahan masyarakat yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai isu.

JKPKP Perlis dianggotai oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Penyiaran, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Bernama. Peranan RTM dan Bernama dalam melaporkan berita-berita semasa begitu juga dengan Jabatan Penerangan dan JASA yang sentiasa melaksanakan program yang boleh meningkatkan jati diri masyarakat kepada negara, katanya merasmikan Hari Terbuka Perlisfm sempena sambutan ulang tahun RTM ke-63 di sini hari ini.

Sempena hari terbuka itu, Menteri Besar Perlis turut melancarkan laman blog JKPKP yang boleh dilayari di http://northernmoi.blogspot.com. Turut diadakan ialah program uji bakat drama, uji bakat pembaca berita, kuiz, pertandingan deejay, demonstrasi masakan dan pameran.

Sementara itu Pengarah Penerangan Perlis, Sobki Saad yang juga Pengerusi JKPKP berharap orang ramai dapat memanfaatkan laman blog JKPKP untuk menyampaikan pandangan mereka. Katanya, pandangan orang ramai melalui laman blog itu sentiasa dihargai dan jawatankuasa tersebut tidak akan memandang ringan pelbagai isu yang dibangkitkan. (Sumber: BERNAMA)

Saturday, April 25, 2009

PENULIS BLOG PERLU JAYAKAN "SATU MALAYSIA"


Penulis 'blog' harus turut menyemai dan menjayakan Konsep 'Satu Malaysia', kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim. Menurutnya genre penulisan yang semakin popular menerusi internet itu boleh mendorong masyarakat untuk bekerja secara ikhlas dan bersatu-padu.

Selain menyuarakan pandangan secara kritis, beliau berharap penulis blog "harus memberi markah positif" kepada perkara betul yang dilakukan kerajaan. Dalam pertemuan dengan penulis blog tempatan di sini Rabu malam, Rais berkata sebagai menteri berkenaan, beliau mahu menghulurkan salam persahabatan dan bukan menyukarkan mana-mana pihak yang dapat menyumbang kepada budaya berfikir masyarakat.

Sambil menyatakan beliau masih mencari perkataan yang sesuai untuk 'blog' dan blogger', beliau berkata sejak munculnya Internet, "dunia maya" yang tidak mempunyai sempadan, budaya masyarakat di negara ini turut berubah. Katanya media penulisan menerusi kertas menjadi kurang diminati generasi muda yang kini cenderung kepada genre internet -- "blog dan Facebook".

"Saya telah nyatakan kepada kakitangan saya bahawa jika anda tidak sensitif terhadap apa yang berlaku dalam dunia maya ini, jabatan anda akan menjadi 'kuno'," katanya. Beliau berkata perkembangan itu memerlukan jentera dan keupayaan kerajaan mengimbas apa yang diperkatakan melalui blog dan menjawab secara intelektual.

Rais berharap penulis blog menggunakan fakta yang benar dalam tulisan mereka dan bukan menjadikan saluran itu untuk memfitnah. "Reputasi akan luntur (jika menggunakan fakta tidak benar) kerana bagi penulis blog, kredibiliti adalah penting," katanya. Beliau berpendapat sebagaimana wartawan akhbar perlu mematuhi etika kewartawanan, penulis blog harus mempunyai etika tersendiri. (Sumber: BERNAMA)

Monday, March 9, 2009

MAULIDUR RASUL


KUALA LUMPUR 9 Mac — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menyeru rakyat supaya menghayati sejarah kehidupan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang meletakkan kepentingan kesatuan dan perpaduan di kalangan manusia sebagai asas kecemerlangan dan pemangkin khaira ummah (umat yang berkualiti dan baik). Baginda bertitah usaha untuk menyatupadukan masyarakat adalah usaha yang berterusan sejajar dan bertepatan dengan tuntuan serta cabaran pada alaf ke-21 ini.

“Oleh yang demikian, segala dasar dan polisi yang dirangka ke arah menjadikan negara ini dan seluruh rakyat sebagai komuniti negara maju pada masa hadapan tidak akan tercapai jika aspek kesatuan atau perpaduan ini diambil ringan semua pihak. “Apabila sebahagian umat manusia dijangkiti sikap tamak dan mementingkan diri serta tidak lagi mempedulikan nilai-nilai mulia dalam mengejar kepentingan duniawi, maka berlakulah pelbagai bentuk malapetaka dan kemusnahan yang menimpa hidup manusia lantaran kemurkaan Allah S.W.T,” titah baginda.

Tuanku Mizan bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka di sini hari ini. Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. (Sumber: Bernama)

Sunday, February 1, 2009

KES KUGAN: HORMATILAH UNDANG-UNDANG NEGARA

Malaysia mempunyai undang-undang untuk mengadili sebarang kesalahan dan perbuatan yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam. Bagi isu kematian A. Kugan dalam tahanan polis (suspek curi kereta mewah), masyarakat khususnya pemimpin parti politik pembangkang, tidak seharusnya menjadikan isu ini sebagai medan untuk menjatuhkan maruah Kerajaan Memerintah dan pihak PDRM sendiri. Sikap menghasut dan membuatkan segelintir individu (seperti gambar di atas) memberontak dan melakukan tunjuk perasaan secara tidak langsung akan memberi imej yang buruk kepada Malaysia dan seterusnya mewujudkan ketidakpercayaan antara kaum. Kita perlu ingat bahawa Malaysia memiliki undang-undang, perlembagaan dan agensi yang akan bertindak secara profesional untuk menyelesaikan sebarang kes tanpa mengetepikan hak setiap rakyat dan individu. Sikap pengadilan secara emosi oleh sesetengah pihak (khususnya kes Kugan) merupakan amalan yang tidak perlu ada dalam konteks Malaysia Moden.

Thursday, January 29, 2009

DR. JUANDA JAYA MUFTI PERLIS YANG BARU



Tahniah di atas perlantikan Dr Juanda Jaya sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perlis yang baru. Beliau merupakan anak kelahiran Negeri Sarawak yang sebelum ini banyak menyertai program berkaitan Islam di Negeri Perlis selain dibawa bersama ke luar negara oleh Kerajaan Perlis untuk kegiatan dakwah. Menurut Dr. Juanda, “Pelantikan saya sebagai Mufti Perlis adalah bukti hubungan integrasi yang telus, dan kalau sebelum ini ramai tokoh agama dari Semenanjung dijemput ke Sarawak dan Sabah, namun hari ini kita juga boleh dijemput di Semenanjung,” katanya kepada Bernama. Dr. Juanda, 37, yang kini memegang jawatan Ketua Penolong Pangarah Dakwah, Jabatan Agama Islam Sarawak, akan melapor diri pada Februari depan.

Menurut beliau lagi, surat pelantikannya sebagai Mufti Perlis diterima pada akhir November 2008 tetapi ia terpaksa ditangguh ke bulan depan kerana beliau menunaikan haji. Menurutnya kerajaan Sarawak membenarkan beliau berkhidmat di Perlis selama tiga tahun iaitu sehingga Februari 2012. Dr. Juanda berkata dengan pengalaman selama lima tahun sebagai Timbalan Mufti Sarawak, beliau tidak nampak sebarang masalah baginya untuk memberikan perkhidmatan terbaik bukan saja kepada rakyat di Perlis malah juga negara dalam menegakkan syiar Islam.

Sebagai anak Sarawak pertama yang dilantik sebagai mufti di luar Sarawak, beliau berkata ia adalah satu penghormatan tertinggi yang diberikan kepada negeri itu oleh DYMM Raja Perlis. Dr. Juanda menggantikan Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kontraknya tamat pada 30 November tahun lalu setelah dua tahun berkhidmat sebagai Mufti Perlis. Dr. Juanda, anak kelahiran Igan dekat Sibu, menuntut di Universiti Al Azhar dari 1991 hingga 1995 dalam jurusan syariah. Sebelum itu, beliau menuntut di Kolej Islam Klang. (Sumber: BERNAMA)

Tuesday, January 27, 2009

DENGGI ITU PEMBUNUH!!!


Denggi adalah penyakit bermusim yang bukan sahaja melanda di negara kita bahkan di negara-negara Tropika yang lain. Kewujudan deman denggi ini dikesan sekitar tahun 1970an di mana pada masa tersebut hanya beberapa negara sahaja yang dilanda wabak ini dan jumlah ini meningkat ke hampir 40% jumlah penduduk dunia yang menghidap penyakit ini sekarang. Malaysia adalah diantara negara yang menjadi serangan wabak denggi ini secara agresif dimana beberapa kes demam denggi berdarah dicatatkan setiap tahun dan ini membimbangkan ramai pihak terutamanya pihak Kerajaan yang telah bertungkus lumus menjalankan aktiviti-aktiviti melalui pihak-pihak yang terlibat seperti Pihak Berkuasa Tempatan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan bagi menangani masalah wabak denggi ini.

Terdapat 4 jenis virus denggi yang dikesan iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan Den 4. Penghasilan virus ini telah disebarkan oleh 2 jenis nyamuk iaitu:

Nyamuk Aedes Aegypti
Nyamuk jenis ini kerap didapati berterbangan dikawasan rumah dan ia bertelur dan membiak secara agresif didalam bekas buatan yang terdapat didalam mahupun diluar rumah.

Nyamuk Aedes Albopictus
Nyamuk jenis ini pula adalah penyebar virus denggi yang paling banyak berlaku di kawasan bandar di negara kita ini. Ia membiak dengan agresif dikawasan luar rumah terutamanya didaun atau pasu bunga, kawasan kotor, pokok, kawasan semak serta kawasan tumbuh-tumbuhan yang lain.

Demam Denggi Biasa
Tanda-tanda demam ini bergantung kepada umur mangsa. Demam ini akan menghasilkan tompokan ruam serta kesan demam yang kuat pada kanak-kanak atau bayi manakala bagi dewasa pula kesan demam yang kuat berlaku secara mendadak dan berlangsung selama seminggu, selain daripada itu kemunculan ruam serta sakit pada otot, sendi dan mata akan berlaku pada hari ke 3 demam. kesan bintik merah dibawah kulit juga akan terhasil.

Demam Denggi Berdarah

Kesan kepada demam ini merangkumi beberapa faktor seperti:
1. Pendarahan pada hidung, gusi serta tompokan ruan yang banyak dikawasan bawah kulit, pendarahan pada najis, kencing berdarah serta pengeluaran haid yang berlebihan.

2. Pembesaran hati mungkin terjadi pada peringkat awal dan pembesaran ini mungkin mencecah ke 2-4cm pada bahagian bawah tulang rusuk kanan.

3. Kegagalan dan gangguan peredaran darah berlaku dengan tanda-tanada seperti kesejukan, konjesti kulit, kebiruan serta kadar degupan nadi yang kuat. Mangsa akan menjadi resah dan lemah dan mungkin akan mengalami renjatan serta sawan.

Oleh itu, beringat serta cegahlah wabak ini dari menular dengan memastikan kebersihan persekitaran kawasan rumah kita. Pastikan tiada takungan air berlaku dan bersihkan sampah sarap yang terdapat di rumah kita. Berjumpalah dengan pakar ataupun doktor jika anda mengalami sintom seperti diatas. Sayangi keluarga kita, lakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara buruk yang bakal terjadi. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Hapuskan denggi keluarga sejahtera.
DENGGI ITU PEMBUNUH!

SUBSIDI GULA.....


Kerajaan terpaksa menampung subsidi jika harga gula kekal pada RM1.45 sekilogram, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad. Sharir berkata, ini kerana harga komoditi itu di pasaran dunia sudah meningkat. "Kontrak pembekalan gula dari negara pengeluar tamat tahun lalu dan kontrak baru meletakkan harga lebih tinggi," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persekutuan Tiong Hua Johor Baharu di sini, hari ini. Beliau mewakili Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman. Shahrir sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menaikkan harga gula berikutan kenaikan harga barangan itu di pasaran antarabangsa dan 80 hingga 90 peratus bekalan gula negara adalah dari luar negara. Katanya kementerian kini dalam proses pengumpulan maklumat sebelum menetapkan harga baru gula. (Sumber: Bernama)

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA


Dua puluh lapan orang, kebanyakannya pengguna motosikal, maut dalam kemalangan jalan raya di seluruh negara semalam, menjadikan jumlah kematian sejak Ops Sikap ke-19 dilancar Isnin lalu seramai 104 orang. Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Superintende Rasdi Ramli, berkata yang maut adalah 23 pengguna motosikal, tiga pengguna kereta dan dua pejalan kaki. "Sebanyak 354 kemalangan berlaku di jalan bandaran, 311 kes di jalan persekutuan, 188 di jalan negeri dan 114 di lebuh raya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Sebanyak 7,573 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik. (Sumber: Bernama)

Monday, January 19, 2009

KEKEJAMAN YANG BERTERUSAN....


Kita tidak mampu untuk memberi pertolongan selain menghulurkan sumbangan berbentuk makanan, pakaian dan ubat-ubatan. Penindasan terhadap rakyat Palestin akan terus berlaku walaupun keselamatan dunia dikawal dan diselia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Saban hari puluhan mayat bergelimpangan dan bumi Palestin terus dibedil tanpa rasa belas kasihan. Untuk itu sebagai rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama memohon doa dan terus menjadi penyumbang ke arah keamanan Palestin.

Sunday, January 18, 2009

SELAMAT DATANG KE JKPKP PERLIS

Kami Ahli Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan Malaysia (JKPKP) Negeri Perlis mengalu-alukan kunjungan anda ke blog ini. Tujuan blog ini dihasilkan adalah untuk menyampaikan informasi terkini berkaitan program-program atau aktiviti JKPKP Negeri Perlis yang membabitkan kerjasama antara agensi-agensi Kementerian Penerangan iaitu Jabatan Penerangan, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), BERNAMA, dan Jabatan Penyiaran Negeri. Selain itu, kami juga akan mengenengahkan dasar-dasar Kerajaan, isu-isu semasa (negeri / negara / antarabangsa) dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sosial-politik-ekonomi untuk tatapan anda. Oleh yang demikian, kami berharap pengunjung blog ini dapat memberi komen dan pandangan setiap isu yang dipaparkan dari masa ke semasa. Anda juga boleh menyalurkan maklumat kepada kami melalui e-mail: northernmoi@yahoo.com. Terima kasih.